Albert Fish
Albert Fish

Albert Fish

Hamilton Howard "Albert" Fish [1] (19 Mei 1870 - 16 Januari 1936) merupakan seorang pembunuh bersiri, perogol kanak-kanak dan kanibal dari Amerika. Dia juga dikenali di bawah nama Grey Man, Werewolf of Wysteria, Brooklyn Vampire, Moon Maniac, dan The Boogey Man. [2] Fish pernah menggahkan bahawa dia "mempunyai kanak-kanak di setiap negeri", dan pada satu ketika mengatakan jumlah mangsanya kira-kira 100 orang. Namun, tidak pasti sama ada dia merujuk kepada perogolan atau kanibalisme, dan tidak diketahui sama ada pernyataan itu benar.[3]Fish menjadi seorang suspek dalam sekurang-kurangnya lima pembunuhan sepanjang hayatnya. Dia mengakui atas tiga pembunuhan yang polis dapat mengesan sebagai homisid yang dikenali, dan dia mengakui telah menikam sekurang-kurangnya dua orang lain. Fish ditangkap pada 13 Disember 1934, dan dibicara atas penculikan dan pembunuhan Grace Budd. Dia merupai bersalah dan dihukum mati kerusi elektrik pada 16 Januari 1936, pada usia 65 tahun.[4][5][6] Jenayahnya digambarkan dalam filem 2007 The Gray Man, yang dibintangi oleh Patrick Bauchau sebagai Fish.

Albert Fish

Tarikh ditahan 13 Disember, 1934
Hukuman jenayah Hukuman mati
Nama lain Frank Howard
Thomas A. Sprague
Robert Hayden
John W. Pell
Sabitan
Kesan jenayah 1924–1932
Meninggal dunia 16 Januari 1936(1936-01-16) (umur 65)
Sing Sing Correctional Facility, Ossining, New York, U.S.
Mangsa 3 disahkan
9–100+ mungkin/didakwa
Negeri New York
Sebab kematian Hukuman mati kerusi elektrik
Negara Amerika Syarikat
Kelahiran Hamilton Howard Fish[1]
(1870-05-19)19 Mei 1870
Washington, D.C, U.S.
Motif Kepuasan seksual

Rujukan

WikiPedia: Albert Fish http://richard.arthur.norton.googlepages.com/alber... http://www.imdb.com/Title?Albert+Fish/ http://www.prairieghosts.com/fish.html http://www.trutv.com/library/crime/serial_killers/... http://www.trutv.com/library/crime/serial_killers/... http://www.wargs.com/other/fish.html http://iml.jou.ufl.edu/projects/Spring03/Rawlins/f... http://www.charleyproject.org/cases/g/gaffney_bill... https://www.amazon.com/Albert-Fish-His-Own-Words/d... https://books.google.com/?id=MI_lBgAAQBAJ&printsec...